Penggiatan aktivisme Miriam Makeba

Beliau melawat Kenya pada tahun 1962 memberi sokongan kepada gerakan kemerdekaan sana[18] serta menggalang dana untuk Jomo Kenyatta, pemimpin gerakan tersebut.[19]

Pengharaman oleh pemerintah apartheid Afrika Selatan

Beliau dijemput Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghadiri Jawatankuasa Khas Menentang Apartheid memberi pernyataan saksi terhadap kesan dampak dasar-dasar apartheid di negaranya serta menggesa sekatan ekonomi dan perdagangan senjata api kepada pemerintah Parti Kebangsaan negara itu.[18] Lagu-lagunya tidak sahaja diharamkan pemerintah rejim apartheid sana[20] malah kewarganegaraan dan pasportnya ditarik[11][12] sekaligus merampas hak bernegaranya, tetapi beliau diberikan pasport dari 9 buah[21] negara yang menyokong tindakannya termasuk Algeria,[22] Guinea, Belgium dan Ghana.[23]

Beliau hanya dapat kembali ke Afrika Selatan selepas dipujuk Nelson Mandela yang berjaya dibebaskan dari penjara pulau Robben pada Februari 1990.[24][25] Beliau akhirnya dapat memperoleh visa enam hari dengan pasport Perancisnya untuk kembali ke tanah airnya pada 10 Jun 1990 yang disambut meriah.[24][21][26]

Rujukan

WikiPedia: Miriam Makeba http://data.rero.ch/02-A017747472 http://www.capetownmagazine.com/pulse/Music-Surpri... http://www.economist.com/node/12591050?story_id=12... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://afp.google.com/article/ALeqM5jqkPEaEhnS8oRn... http://ibdb.com/person.php?id=88154 http://www.imdb.com/name/nm0538460/ http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=940... http://www.nytimes.com/2008/11/11/world/africa/11m... http://weekly.ahram.org.eg/2001/558/profile.htm